Friday, July 8, 2022

Senarai Raja-Raja Kedah sebelum Pengislaman

Foto hiasan

Sistem beraja di Kedah wujud pada tahun 630 masihi dan masih utuh sehingga kini berasal dari satu keturunan raja besar iaitu Maharaja Merong Mahawangsa atau Raja Derbar Raja. 

Maknanya sehingga tahun 2022 sistem berajanya sudah mencecah umur 1392 tahun...

Wow, antara tertua di dunia dan nusantara!

Mengikut versi Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), terdapat seramai 7 orang Raja Kedah sebelum pengislaman Kedah pada tahun 1136 masihi. Antaranya;

1. Merong Mahawangsa

2. Merong Mahapudisat

3. Seri Mahawangsa

4. Seri Maha Inderawangsa

5. Ong Maha Perita Deria @ Raja Bersiong

6. Phra Ong Mahaputisat

7. Phra Ong Mahawangsa @ Sultan Muzalfar Shah

Lain pula nama yang diberikan dalam At Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ASNK) terdapat 9 orang Raja iaitu;

1. Maharaja Derbar Raja 1

2. Maharaja Derja Putra

3. Maharaja Maha Dewa

4. Seri Maharaja Kerna Derja

5. Seri Paduka Maharaja Kerma

6. Seri Maharaja Maha Dewa II

7. Seri Paduka Maharaja Derma Raja

8. Seri Paduka Maharaja Maha Dewa

9. Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II @ Sultan Muzaffar Shah

Nak tahu tahun-tahun pemerintah Raja-Raja Kedah ini dan apa yang berlaku sepanjang pemerintahan mereka, sila layari;

https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/18335/9680

Dapatan ini berdasarkan kajian rujuk silang dengan pelbagai dokumen dalam dan luar negara serta melalui prosiding persidangan dan diangkat sebagai sebuah jurnal akademik.

Disclaimer: Jurnal ini adalah sebuah sumbangan amal jariah dan wakaf ke arah merakyatkan pembacaan dan pengetahuan mengenai sejarah bangsa Melayu selain sebagai sebuah jihad ilmu ke arah merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik. 

Maka dalam adat berilmu berilah citation / kredit kepada Penulis dan sumber-sumber penulisan lain sekiranya ingin ilmu yang diperolehi hasil dari penulisan dan pembacaan ini diberkati oleh Allah swt. 





No comments:

Post a Comment