Sunday, November 27, 2022

Asal Usul Nama Lembah Bujang


Lembah Bujang adalah nama yang sinonim dengan sejarah Kedah Tua. Ia merupakan pusat pemerintahan dan perekonomian bagi Kedah Tua. 

Tetapi dari mana asal-usul nama Lembah Bujang?

Pertama; Lembah Bujang diambil namanya bersempena seekor  ular tedung raksasa digelar 'Bhujangga' yang dipercayai mendiami serta menjaga lembah yang subur di kawasan tersebut...

Kedua; Sebuah kawasan lembah padi yang subur dan menjadi pusat bagi perkembangan agama Buddha Mahayana dalam kalangan para Rahib, Sami atau Pendeta Brahmana Buddha Mahayana berbangsa Khun Lun yang digelar 'Phujangga' sepanjang kurun ke 1 hingga 6 masihi. Golongan ini hidup membujang dengan mengabdi diri kepada penciptanya serta mengembangkan pelbagai ilmu dan kesenian dengan menggunakan bahasa sanskrit, pallava dan Melayu Kuno sebagai bahasa utama... 

Ketiga; dalam Hikayat Raja-Raja Pasai ada disebut 'Bujangga' yang merujuk kepada segolongan bangsawan lelaki yang berperisai besi. Kedah Tua tepatnya di Sungai Batu sememangnya terkenal sebagai pusat pengeluar besi selain berfungsi sebagai markas tentera di barat semenanjung sepanjang berada di bawah naungan kerajaan Funan (400 - 628 masihi).

Keempat; Kedah Tua pernah diperintah oleh 2 puak gergasi; Tan Derma Dewa dan Tan Perkasa yang menguasai lautan dan daratan di timur dan barat semenanjung yang dilambangkan sebagai dua ekor naga yang gagah berani. Namun dua puak ini sering berperang merebut wilayah setelah keruntuhan empayar Funan pada 628 masihi hingga didamaikan dengan kehadiran Merong Mahawangsa atau Raja Derbar Raja 1 ditabal sebagai Raja Kedah pertama pada 630 masihi.

Kelima; Dalam zodiak kuno China, ular besar dilambangkan sebagai seekor naga bagi melambangkan kekuasaan, kehebatan dan kemakmuran. Bukti lagenda kewujudan ular atau naga besar di Asia Tenggara boleh ditemui antaranya di Gua Naka, Bueng Kan, Thailand dan Batu Nabau, Engkili, Sarawak. Malah terdapat lagenda ular besar di Langkawi. Juga pernah diceritakan ditemui oleh para pelarian Perang Musuh Bisik 1821 semasa di hutan Merbok. Tidak hairan di Kedah terdapat banyak nama tempat yang dikaitkan dengan naga. 

Batu ular di Gua Naka, Thailand 
www.reddit.com/r/interestingasfuck/comments/j233t3/cave_in_thailand_looks_like_a_giant_petrified/

Batu Nabau di Engkili Sarawak
https://suarasarawak.my/2020/08/resia-batu-nabau-di-engkilili/

Keenam; Kedudukan sungai-sungai di Kedah yang besar dan berliku-liku diibaratkan sama seperti ular-ular yang meliuk-liuk dan menjadi tabiat kepada kehidupan ular tersebut. 

Justeru lagenda ular, naga, gergasi dan besi sinonim dengan Kedah Tua. Maka tidak hairan jika pedang besi Rasulullah saw; Al Qala'i dan Al Mathur dinisbahkan asal-usulnya dari Kedah kerana kekuatan besinya serta mempunyai bentuk dua ekor ular yang bertembung di pemegangnya serta pamornya yang bercorak seperti kulit ular... 

Wallahualam bisawab

#kedah #kedahtua #merongmahawangsa #sejarah #ular #Naga


No comments:

Post a Comment