Makam ini terletak di Kampung Pengkalan Bujang dipercayai milik Sultan pertama Kedah; Sultan Muzaffar Shah atau nama asalnya Phra Ong Mahawangsa, Raja Kedah ke 9 mengikut versi Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Baginda memerintah dari tahun 1135- 1179 masihi.
Namun benarkah ia makam sebenar baginda...?
Sukar nak pastikan melainkan dibuktikan melalui kajian rujuk silang; tinjauan lapangan, temuramah dan kajian dokumentasi. Tunggu jurnal saya 2023 nanti...
Klu pertama; Kompleks makam Pengkalan Bujang ini dibina sekitar tahun 2014, dijumpai dan dipindahkan nesan-nesan setelah pemugaran tanah berlaku disitu. Anehnya 5 buah batu nesan kesemuanya bernuansakan seni reka Acheh yang wujud sekitar abad ke 15 masihi...iaitu 400 tahun selepas itu...!
Klu kedua; Baginda dikatakan mangkat akibat tragedi kapal karam di Sungai Merbuk dan sempat mewasiatkan agar dimakamkan di Pengkalan Langgar...Ada kajian mengenainya pada tahun 2015...
Klu ketiga; Telah ditemui satu makam keramat berbatu nesan kawi purba dipercayai milik 'Tok Wahid' terdapat di kampung Bukit Berangan pada September 2017 dan telah dipindahkan ke Masjid Bugis Sintok pada akhir tahun 2018...
Ada beberapa laporan yang menyatakan makam tersebut telah ditemui...Antaranya rujuk laporan ini.
Namun benarkah ia makam baginda? Terdapat dua buah lagi makam Sultan Kedah yang terawal iaitu Sultan Mu'adzam Shah (1179 - 1201) dan Sultan Muhammad Syah (1201 - 1237) yang dimakamkan di Langgar Bukit Meriam tetapi masih belum ditemui hingga kini...!!!
Wallahualam bisawab...Allah jua maha mengetahuinya...
No comments:
Post a Comment