Friday, December 22, 2023

Legasi Wan: Sanad dan Salasilah Keturunan


Wangsa Wan telah melahirkan susur galur keturunan Wan di nusantara termasuk di Malaysia. 

Keturunan ini mewarisi nama Wan dipangkal nama mereka.

Terdapat banyak teori dikemukakan berkaitan asal usul keturunan Wan ini. Jadi kita perlu menyelusuri susur galur keturunan ini yang bermula dari tamadun Parsi purba dimana munculnya perkataan Pahlavan dari suku kaum Pahlav

Kerabat Pahlavan ini seterusnya bersemenda dengan kerabat diraja Asia Selatan memunculkan kerabat Varman yang seterusnya menjalar berkembang ke wilayah nusantara menjadi keturunan kerabat diraja dan elit Warman dalam tamadun Funan, Langkasuka, Kedah Tua, Jawa dan Sriwijaya...

Kedatangan Islam selanjutnya membolehkan titisan keturunan dan kaum kerabat bangsawan Warman ini bersemenda dengan kerabat ahlul bait dari Asia Barat yang melahirkan suatu bangsa yag dikenali sebagai Bangsa Wan... 


Dari keturunan Bangsa Wan inilah lahirnya sebuah tentera elit kerajaan Melayu Kedah Tua bergelar Hulubalang Pahlawan yang mewarisi segala kehebatan, kegagahan dan kepahlawanan kesultanan Melayu Kedah... 

Teruja atau tak percaya? 

Jika tak percaya dan mengatakan ia mengarut, atau ada teori lain yang lebih konkrit ??? 

Maka dialu-alukan membuat jurnal akademik lain bagi menafikannya...Ini kaedah akademik yang harmoni. Ilmu Allah itu maha luas maka kepelbagaian perlu diraikan...

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila layari jurnal akademik ini;

https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php?id=207761

https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/25286

Disclaimer: Jurnal ini adalah sebuah sumbangan amal jariah dan wakaf ke arah merakyatkan pembacaan dan pengetahuan mengenai sejarah bangsa Melayu selain sebagai sebuah jihad ilmu ke arah merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik

Maka dalam adat berilmu berilah citation / kredit kepada Penulis dan sumber-sumber penulisan lain sekiranya ingin ilmu yang diperolehi hasil dari penulisan dan pembacaan ini diberkati oleh Allah swt. 


Saturday, September 30, 2023

Jurnal Etimologi Asal Usul dan Makna Disebalik Nama Silat Cekak


Cekak mempunyai banyak maksud dan pengertiannya...

Nama Cekak turut diambil bagi merujuk kepada sebuah Silat Melayu bernama Silat Cekak.

Kepelbagaian ini menjadikan Silat Cekak sebagai sebuah silat yang unik kerana mempunyai makna, maksud dan falsafahnya yang tersendiri.

Silat Cekak merupakan sebuah silat Melayu yang asli berasal dari negeri Kedah Darul Aman.   

Untuk nak tahu lebih lanjut maksud Cekak boleh baca dan rujuk jurnal ilmiah ini; 

https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/24211

Disclaimer: Jurnal ini adalah sebuah sumbangan amal jariah dan wakaf ke arah merakyatkan pembacaan dan pengetahuan mengenai sejarah bangsa Melayu selain sebagai sebuah jihad ilmu ke arah merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik. 

Maka dalam adat berilmu berilah citation / kredit kepada Penulis dan sumber-sumber penulisan lain sekiranya ingin ilmu yang diperolehi hasil dari penulisan dan pembacaan ini diberkati oleh Allah swt. 

Wednesday, June 21, 2023

Sejarah Bukit Meriam: Misteri Terungkai...


AlhamduLillah Jurnal berkaitan Kota Bukit Meriam: Merungkai Sejarah Tamadun Kerajaan Kedah Tua telah terbit. Nak tahu lebih lanjut sila layari;

https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/22551/12299


Kini Bukit Meriam sedang diancam kemusnahan sejarahnya kesan dari pembinaan menara telekomunikasi yang telah memusnahkan tanah, alam sekitar yang mendedahkan kawasan sejarah ini dengan aktiviti pencerobohan mencari harta karun serta aktiviti golongan pemburu alam mistik...

Disclaimer: Jurnal ini adalah sebuah sumbangan amal jariah dan wakaf ke arah merakyatkan pembacaan dan pengetahuan mengenai sejarah bangsa Melayu selain sebagai sebuah jihad ilmu ke arah merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik. 

Maka dalam adat berilmu berilah citation / kredit kepada Penulis dan sumber-sumber penulisan lain sekiranya ingin ilmu yang diperolehi hasil dari penulisan dan pembacaan ini diberkati oleh Allah swt. 

Monday, June 19, 2023

Kaligrafi Muhammad Ahmad: Perkaitan Sejarah, Sosio Budaya dan Syariat


Ilustrasi A.I di atas menggambarkan rombongan utusan Syeikh Abdullah Ahmad Qumairi mengadap Raja Kedah; Phra Ong Mahawangsa atau Raja Derbar Raja II (1135 -1179) untuk menyampaikan hasrat Khalifah Abbasiyah Muhammad bin Ahmad al Muqtafi Lilamrillah mengadakan hubungan diplomatik dan dagang dengan kerajaan Kedah.

Dalam masa yang sama mereka mengambil kesempatan menyampaikan dakwah Islam.

Menurut sumber lisan telah menjadi kebiasaan sesebuah wakil atau utusan akan membawa warkah perutusan raja mereka untuk dipersembahkan kepada raja sesebuah negeri yang mana setiap warkah akan ditulis dan diberi cop mohor raja atau kerajaan. 

Pada cap mohor tersebut tertera nama Muhammad bin Ahmad timbal terbalik berdasarkan seni khat Seljuk yang merupakan keturunan leluhur baginda. 

Menurut adat ketika itu mana-mana negeri atau kerajaan asing yang bersetuju menerima pernaungan Abbasiyah akan dilindungi sepenuhnya oleh kerajaan tersebut sebagai sekutu khalifah. 

Islam berkembang di Kedah hasil pertemuan perwakilan Abbasiyah ini. Sementara ramai pendakwah mula berdakwah melalui jalan tasawuf untuk membersihkan jiwa dan akal para mualaf selain diajar dengan ilmu tauhid, fekah dan sebagainya. 

Namun terdapat seni khat hanya berbentuk Muhammad timbal balik seperti terdapat di sesetengah tempat. kaligrafi tersebut juga mempunyai pengertian kerohanian yang sama iaitu pemiliknya merupakan seorang yang mengikuti dan mengamalkan aliran tasawuf.


Berkemungkinan besar kaligrafi Muhammad ini merujuk kepada baginda Rasulullah s.a.w ataupun merujuk keturunan atau generasi ke 10 cucu cicit ahlul bait iaitu Ahmad bin Isa al Muhajir (820 - 924 masihi). Nama lengkap baginda ialah Ahmad bin Isa Ar-Rumi bin Muhammad An-Naqib bin Ali Al-Uraidhi bin Ja'far Ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali bin Hussein bin Ali bin Abi Talib.   



Beliau dan keturunannya diburu bahkan ada yang dibunuh semasa berlakunya zaman fitnah di Iraq di waktu pemerintahan Al Muqtadir (895-932 masihi) dan keganasan puak khawarij Qaramithah menyebabkan beliau bersama 70 orang rombongan terpaksa berhijrah ke Mekah seterusnya ke Hadramaut yang ketika itu dalam wilayah kekuasaan Yemen. Justeru beliau diberi gelaran penghijrah atau al muhajir.

Seterusnya keturunannya kebanyakan bernasab Alawi berhijrah ke nusantara menjadi para pedagang, pendakwah bahkan raja-raja di beberapa kerajaan Melayu nusantara dengan membawa aliran tasawuf dan kesufian seperti mana para pendakwah Wali Songo yang dikirim oleh pemerintahan khalifah Uthmaniyah...



Peringatan: Infografik ini berdasarkan kajian ilmiah yang telah dibentangkan secara akademik dengan rujukan dan penilaian panel-panel bertauliah. Sekiranya ada penafian atau maklumat yang tidak senada dengan pendapat dan pandangan tertentu disarankan agar penulisan akademik yang sama dilakukan bagi tujuan perbandingan dan kesahihan fakta.

Disclaimer: Jurnal ini adalah sebuah sumbangan amal jariah dan wakaf ke arah merakyatkan pembacaan dan pengetahuan mengenai sejarah bangsa Melayu selain sebagai sebuah jihad ilmu ke arah merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik. 

Maka dalam adat berilmu berilah citation / kredit kepada Penulis dan sumber-sumber penulisan lain sekiranya ingin ilmu yang diperolehi hasil dari penulisan dan pembacaan ini diberkati oleh Allah swt.