Mana yang betui...???
Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) kata Raja pertama Kedah ialah Merong Mahawangsa.
Tapi Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ASNK) habaq Raja Derbar Raja Raja pertama Kedah. Tarikh Fatani pula habaq Raja Mahabangsa...
Tu belum masuk tahun pemerintahan lagi... dah celaru keliru haru biru...
Persoalan yang sering menimbulkan perselisihan para pengkaji dan peminat sejarah. Malah ada yang menyatakan ia cuma mitos yang direka-reka...
Tapi bagi pengkaji bebas dan merdeka (freelance and independent) macam aku ni satu contoh yang biasa dalam bidang persejarahan.
Terpulang kat hangpalah ...
Namun setiap misteri perlu dirungkai berdasarkan kajian terperinci beserta hujah dan bukti yang bersandarkan kajian dokumentasi disokong oleh kajian lapangan menemuramah tokoh-tokoh yang memiliki ilmu pengetahuan berkaitan di samping penyelidik harus turun ke lapangan meneliti segala bukti. Inilah dinamakan kaedah trigulasi, macam yang belajaq di universiti dulu.
Beberapa syarat bagi memastikan kajian tersebut tulen atau authentic, original dan bersifat akademik yang boleh diterima akal, antaranya;
1. Menulis apa yang diperolehi dengan sistematik dan mengikut laras-laras akademik.
2. Diperiksa dan disahkan kajian tersebut oleh barisan panel yang pakar termasuk melalui proses turnitin bagi memeriksa ketulenan kajian dan penulisan tersebut.
3. Dibentangkan dalam persidangan melalui prosiding akademik.
4. Dijadikan jurnal berwasit..mudah kata ada copyright. Jadi bila kita ambil info tapi tak bagi kredit penghargaan atau citation kepada penulis, tu dah kira jenayah plagiat, curi harta intelek...malu laaa...tak berkat ilmu dan amalan ooo.
5. Diterbitkan oleh lembaga atau badan yang memiliki kredibiliti dan autoriti. Ada ISBN atau ISSN. Copyright guaranteed.
6. Kemudian barulah boleh dibentangkan dalam mana-mana seminar, wacana, diskusi, forum dan sebagainya ... Lepas tu kalau nak masuk blog ka, facebook, insta, tik tok ka suka hatilah sebab copyright dah ada pada kita...
Kalau tak da sia-sia penat perah otak ke hulu-hilir cari info tulis. Nanti segala 'naga, buaya, ulor anakonda' kat luar tu senang-senang jer ngap hasil kerja kita lepas tu claim depa yang punya, depa tak ngaku curi hasil penat lelah penulis asal.
Aku tulis ikut kaedah akademik agar apa yang ditulis tidak dipertikaikan sewenangnya.
Jika nak pertikai jugak, hangpa buat dan lalui proses yang sama dan utarakan apa yang betul pada pandangan hangpa.
Zaman sekarang orang nak info yang up to date. Lepas tu biaq masyarakat menentukannya.
Apa yang penting kita buat dengan niat yang ikhlas dan baik untuk tujuan wakaf ilmu ...semoga Allah memberkatinya. Insya Allah.