Thursday, November 18, 2021

Catatan Awal Bermulanya Sistem Beraja di Kedah

Sistem Beraja di Negeri Kedah merupakan antara yang tertua di Asia Tenggara. Ia wujud dalam dua zaman iaitu zaman sebelum Islam dan selepas pengislaman.

Sistem perajaan Kedah dipercayai wujud sejak tahun 630 masihi setelah Raja Merong Mahawangsa (versi Hikayat Merong Mahawangsa - HMM) atau Raja Derbar Raja I (versi Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah - ASNK) ditabal sebagai raja pertama Negeri Kedah.    


Peperangan dua empayar dunia mempunyai kaitan rapat dengan sistem beraja di Kedah 

Sebelum adanya sistem beraja ini Kedah diperintah oleh sebuah sistem perwakilan yang mendapat mandat pemerintahan dari penguasa atau raja dari empayar-empayar lain. Antaranya dari Empayar Hindu Funan yang wujud sejak tahun 2 masihi hingga akhirnya kerajaan tersebut ditawan oleh Dinasti Chenla pada tahun 628 masihi.

Tahun yang sama juga empayar Parsi telah dikalahkan oleh Rom Byzantine dan berlaku pemberontakan dalam empayar Parsi Sasanid. Ini diceritakan di dalam Al Quran surah Al Rom ayat 1-6.

Berbalik pada cerita Funan sebelum kejatuhannya Kedah diperintah oleh dua orang ketua suku bertaraf Penghulu iaitu Tan Derma Dewa yang menguasai wilayah Barat semenanjung dan Tan Perkasa yang menguasai wilayah Timur semenanjung. 

Di sebelah barat, wilayah jajahan Tan Derma Dewa terbentang hingga ke perbatasan Tenaserim dan Arakan di utara dan hingga ke Ujung Karang di selatan, makna kata beliau menguasai Lautan Kedah atau Selat Melaka kini.

Manakala wilayah jajahan Tan Perkasa di sebelah timur merangkumi Segenting Kra, Ligor, Patani hingga ke Pahang dan Laut Melayu atau Laut Campa atau kini dikenali sebagai Laut China Selatan.


Kedua-dua pemimpin ini digelar kaum Gergasi dan diperlambangkan dengan Naga-Naga kerana kekuatan serta penampilan simbol-simbol mereka. 

Naga ini juga digelar Bujangga yang merupakan kelibat ular-ular besar yang mendiami lembah-lembah di Kedah yang mewujudkan kata Lembah Bujang.   

Kejatuhan empayar Funan menyebabkan berlakunya perselisihan di antara kedua-dua pemimpin suku ini. 

Dalam masa yang sama berlakunya keganasan lanun-lanun Sakai Laut di pantai Barat sejak 620 masihi seperti yang tertulis dalam Tarekh atau Salasilah Negeri Kedah (TSNK).

TSNK menyebut Merong Mahawangsa berasal dari Rom telah berjaya menumpaskan para lanun Sakai Laut tersebut menyebabkan kepimpinan serta keagungan baginda diiktiraf oleh ketua-ketua suku pimpinan Tan Derma Dewa dan Tan Perkasa...    

Versi HMM menyatakan Merong Mahawangsa belayar dari wilayah Rom menuju ke Kedah setelah berhadapan dengan keganasan Garuda semasa dalam misi membawa anak Raja Rom untuk berkahwin dengan anak Raja China. 

Siapakah yang dimaksudkan Garuda ini. Siapa pula anak Raja Rom dan Raja China??? Nanti diulas dalam posting yang lain. 


Dalam ASNK diceritakan Raja Derbar Raja lari dari wilayah Gomrun, Parsi setelah diserang oleh angkatan Maharaja Parsi. Raja Derbar Raja akhirnya menuju ke Kedah bersama para pengikutnya beserta angkatan naubat hingga menimbulkan kegaguman ketua-ketua suku di Kedah pimpinan Tan Derma Dewa dan Tan Perkasa. 

Tarikh Patani (TP) pula menyebut Raja Mahabangsa merupakan pemerintah pertama yang menjadi raja di Kedah...

Nak tahu cerita lanjut berdasarkan fakta ilmiah???...Hangpa boleh rujuk kajian ini;


https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/12544/6262 

Disclaimer: Jurnal ini adalah sebuah sumbangan amal jariah dan wakaf ke arah merakyatkan pembacaan dan pengetahuan mengenai sejarah bangsa Melayu selain sebagai sebuah jihad ilmu ke arah merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik. 

Maka dalam adat berilmu berilah citation / kredit kepada Penulis dan sumber-sumber penulisan lain sekiranya ingin ilmu yang diperolehi hasil dari penulisan dan pembacaan ini diberkati oleh Allah swt. 



Thursday, October 7, 2021

Raja Pertama Kedah: Merong Mahawangsa atau Raja Derbar Raja?

 

Mana yang betui...???

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) kata Raja pertama Kedah ialah Merong Mahawangsa.

Tapi Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ASNK) habaq Raja Derbar Raja Raja pertama Kedah. Tarikh Fatani pula habaq Raja Mahabangsa...

Tu belum masuk tahun pemerintahan lagi... dah celaru keliru haru biru...

Persoalan yang sering menimbulkan perselisihan para pengkaji dan peminat sejarah. Malah ada yang menyatakan ia cuma mitos yang direka-reka...

Tapi bagi pengkaji bebas dan merdeka (freelance and independent) macam aku ni satu contoh yang biasa dalam bidang persejarahan.

Terpulang kat hangpalah ...

Namun setiap misteri perlu dirungkai berdasarkan kajian terperinci beserta hujah dan bukti yang bersandarkan kajian dokumentasi disokong oleh kajian lapangan menemuramah tokoh-tokoh yang memiliki ilmu pengetahuan berkaitan di samping penyelidik harus turun ke lapangan meneliti segala bukti. Inilah dinamakan kaedah trigulasi, macam yang belajaq di universiti dulu.

Beberapa syarat bagi memastikan kajian tersebut tulen atau authentic, original dan bersifat akademik yang boleh diterima akal, antaranya;

1.  Menulis apa yang diperolehi dengan sistematik dan mengikut laras-laras akademik.

2. Diperiksa dan disahkan kajian tersebut oleh barisan panel yang pakar termasuk melalui proses turnitin bagi memeriksa ketulenan kajian dan penulisan tersebut. 

3. Dibentangkan dalam persidangan melalui prosiding akademik.

4. Dijadikan jurnal berwasit..mudah kata ada copyright. Jadi bila kita ambil info tapi tak bagi kredit penghargaan atau citation kepada penulis, tu dah kira jenayah plagiat, curi harta intelek...malu laaa...tak berkat ilmu dan amalan ooo.

5. Diterbitkan oleh lembaga atau badan yang memiliki kredibiliti dan autoriti. Ada ISBN atau ISSN. Copyright guaranteed.

6. Kemudian barulah boleh dibentangkan dalam mana-mana seminar, wacana, diskusi, forum dan sebagainya ... Lepas tu kalau nak masuk blog ka,  facebook, insta, tik tok ka suka hatilah sebab copyright dah ada pada kita... 

Kalau tak da sia-sia penat perah otak ke hulu-hilir cari info tulis. Nanti segala 'naga, buaya, ulor anakonda' kat luar tu senang-senang jer ngap hasil kerja kita lepas tu claim depa yang punya, depa tak ngaku curi hasil penat lelah penulis asal.

Aku tulis ikut kaedah akademik agar apa yang ditulis tidak dipertikaikan sewenangnya. 

Jika nak pertikai jugak, hangpa buat dan lalui proses yang sama dan utarakan apa yang betul pada pandangan hangpa. 

Zaman sekarang orang nak info yang up to date. Lepas tu biaq masyarakat menentukannya.

Apa yang penting kita buat dengan niat yang ikhlas dan baik untuk tujuan wakaf ilmu ...semoga Allah memberkatinya. Insya Allah.