Orang Kedah ni bangsa perang dan bangsa pahlawan...?
Biar betul, jangan claim yang bukan-bukan...!
Apa buktinya...?
Ni bukan claim kosong hasil dari mimpi atau dengar suara ghaib dari alam sebelah mata dan berhalusinasi...Akan tetapi ia merupakan sebuah kajian ilmiah yang ditulis dan dihasilkan di bawah projek Asian Journal Research on Education and Social Sciences (AJRESS) 2024.
Kajian ini berkaitan siri-siri perperangan, krisis dan konflik yang pernah ditempuhi oleh tentera kerajaan empayar Kedah Tua dan kesultanan Melayu Kedah yang digelar "Hulubalang Pahlawan"
Siapakah mereka ini...?
Mereka adalah para tentera dan perajurit yang terdiri dari kalangan "Bangsa Wan" wujud sejak seawal tahun 630an masihi dan terus memainkan peranan dalam kesultanan Kedah sehingga pasca kemerdekaan...
Boleh rujuk sini siapa bangsa Wan...
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpg/article/view/25286/13973
Hulubalang Pahlawan ini merupakan pasukan tentera elit Diraja Kedah yang menjaga raja dan negaranya...sama spt pasukan elit Janisari dlm pemerintahan Uthmaniyah, Immortal (Achaemenid - Sasanid Parsi), Legion (Rome), Samurai (Jepun), Bhayangkara (Jawa), Hasyasin (Safawid, Parsi) dan sebagainya...
Jurnal ini dihasilkan sebagai satu wakaf ilmu bagi mengakademikkan ilmu persilatan dan merakyatkan sejarah Melayu.
Selamat membaca...
https://myjms.mohe.gov.my/.../article/view/27578/15247
https://www.tiktok.com/@shuxre/photo/7410273016589864200?lang=en
Disclaimer: Jurnal ini adalah sebuah sumbangan amal jariah dan wakaf ke arah merakyatkan pembacaan dan pengetahuan mengenai sejarah bangsa Melayu selain sebagai sebuah jihad ilmu ke arah merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik.
Maka dalam adat berilmu berilah citation / kredit kepada Penulis dan sumber-sumber penulisan lain sekiranya ingin ilmu yang diperolehi hasil dari penulisan dan pembacaan ini diberkati oleh Allah swt.
#kedah #silatmelayu #silatcekaksilatakademik #silatcekak #sejarahmelayu #merongmahawangsa #psmck